Selasa, Jun 15, 2010

Wikipedia - Ensiklopedia Atas Talian



Wikipedia. Saya percaya anda tentu anda pernah mendengar sekurang-kurangnya, jika tidak pernah menggunakannya. Apa sebenarnya dan apa pula keistimewaanya? 


Secara ringkasnya ia merupakan satu pusat sumber maklumat berasaskan web atau laman sesawang yang menyediakan pelbagai bentuk maklumat; terkenal dengan 'tagline' sebagai ensiklopedia bebas (free encyclopedia) yang membenarkan pengguna melakukan kerja menyunting maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya. Ia terdapat dalam beberapa versi mengikut bahasa-bahasa utama di dunia termasuk dalam versi Bahasa Melayu. Cuba taip apa sahaja maklumat yang anda inginkan semasa menggunakan , hampir semuanya akan ada rujukan di laman tersebut. Ensiklopedia atas talian ini menjadi popular di kalangan pelajar sebagai salah satu sumber rujukan.

Namun timbul isu tentang kredibiliti para penyunting maklumat-maklumat yang dipaparkan, kerana Wikipedia membenarkan sesiapa sahaja boleh menjadi penyuntingnya, tidak kira latar belakang mereka. Ini menimbulkan keraguan tentang kesahihan dan ketepatan maklumat dipaparkan. Sebagai mengatasi masalah ini, dikatakan pihak pentadbir Wikipedia memperkenalkan beberapa langkah dalam menilai dan menapis maklumat dipaparkan termasuk penyuntingnya.

Semoga para pengguna Internet bijak menggunakan sumber ini dalam melengkapkan maklumat yang diingini.

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu
             Wikipedia, The Free Encycopedia 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan